i'M s0 SorRy... L0ve u'o0L...

ma.. abah...







Assalamualaikum w.b.t.

Apa yang anda semua rasa?? apa yang saya rasa??
apa sebenarnya yang terkandung di dalam hati dan perasaan?? apakah itu kebaikan?? apa itu kejahatan??
anda percaya kebaikan dan kejahatan ada didalam diri kita semua?? sejauh mana dan sebanyak mana kebaikan dan kejahatan dalam diri kita?? adakah kebaikan melebihi kejahatan ataupun sebaliknya??
tp... semua makhluk dilahirkan dengan kebaikan... kejahatan itu datang dari diri sendiri... nafsu?? sama2 lah kita merenunginya.......

Assalamualaikum w.b.t.



Hari Jumaat yg mulia ni nk berkongsi serba sedikit tentang khutbah yg disampaikan oleh khatib jumaat pada hari ini... bertempat di masjid Raudhah, Taman Guru, Kuantan.... khutbah hari ini membicarakan tentang maksiat yg sedang menular dikalangan anak2 melayu yang beragama Islam... yang sejak dilahirkan diberikan nama Islam dan diasuh dengan didikan agama Islam.... tetapi tanpa segan silu melakukan aktiviti maksiat tidak mengira tempat dan dimana jua tanpa mengira masa mahupun usia.... apabila berbicara tentang maksiat ia merangkumi semua perkara seperti zina, homoseksual, lesbian, meminum arak, dan sebagainya..... dan telah diturunkan di dalam alQuran ayat mengenai zina...



------------> "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ayat 2 : suran an-Nur....... YA!! sebatan sebanyak 100 kali!!! ia sangat menyakitkan dan memedihkan.... sedangkan jika kita dirotan oleh cikgu hanya SEKALI kerana tidak menyiapkan kerja sekolah pun kita sudah merasai kesakitannya... inikan pula 100 kali!!!



Di akhir khutbah, khatib berpesan kepada semua jemaah supaya sentiasa mengimarahkan masjid2 dan surau2... selain berpesan kepada ibubapa agar membimbing anak2 mereka dan sentiasa berwaspada.... InsyaAllah.... sekian dulu sedikit renungan buat kita semua dan diri saya sendiri.... yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.... S A L A M . . . .

Assalamualaikum w.b.t....

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai filem yang telah ditayangkan dipawagam....2012...



Plot cerita ini sangat menarik, tetapi saya tidak mahu membuat ulasan mengenai jalan cerita ini sebaliknya akan memberikan sedikit pendapat di sebalik cerita ini... cerita ini dapat membuka mata dan minda kita semua mengenai kiamat.... tapi cerita ini telah dibikin oleh "nonmuslim". Mereka telah mengkaji cerita ini dengan baiknya... tetapi mereka 'still' tidak dapat menerima hakikat bahawa pada hari kiamat tiada seorang pun yang akan hidup didunia ini... tapi apa yang dilihat dari cerita ini mereka masih terselamat....

selain itu... cerita ini menggambarkan keadaan sebenar yang sedang berlaku pada dunia masa kini... dari Mr presiden bekulit hitam, teknologi serba canggih, kekayaan dunia da sebagainya.... yang menakjubkan... mereka mengadaptasi dari kisah nabi nuh apabila kaumnya dibalas dengan dasyat oleh Allah... ketika itu Allah menyuruh nabi nuh membina bahtera yang besar bagi menyelamat umatnya yang tidak berdosa... kisah ini diadaptasi oleh pengarah filem ini apabila mereka membina empayar dan bahtera yang besar untuk menyelamatkan diri mereka.... termasuk binatang2... bukankah ia mirip?? sgt bijak mereka mengkaji dan mengadaptasi kedalam filem mereka... walhal mereka adalah "nonmuslim"..... saya tidak ingin memburukkan mana2 pihak tetapi ini perkara yg sebenarnya berlaku SEKARANG!!! BUMI INI SUDAH TUA!!!



Assalamualaikum w.b.t....

Sudah agak lama tidak meng'update' blog ni... minta maaf kpd semua...
so pada kali ini saya ingin membuat sedikit pembaharuan pada blog ini... dan diatas menghargai masa anda semua yang berkunjung ke blog ini... saya ingin berkongsi serba sedikit tentang diri ini dan cerita-cerita yang lebih menarik... memandangkan sekarang, saya telah tamat pengajian di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), SINTOK...

so... setelah menamatkan pengajian saya kini hanya beristirehat di rumah sambil membantu kedua ibubapa menguruskan kerja rumah... jika sebelum ini, saya selalu 'melarikan diri' dari melakukan kerja2 di rumah, tapi sekarang saya akan berubah untuk menjadi yang terbaik dimata kedua ibubapa... MAMA & ABAH....



YA!! kita semua perlu merubah hidup ini untuk menjadi dari yang terbaik kpd yang lebih baik... itulah yang sedang saya lakukan sekarang... saya juga berharap anda yang sedang membaca blog ini juga memikirkan perkara yang sama... tidak salah untuk kita berubah demi diri kita... tapi ingat!! untuk berubah menjadi terbaik kita perlu menjadikan diri kita IKHLAS untuk berubah... jika tidak semua itu hanyalah sia2 sahaja....

Mengapa tiba2 saya ingin berubah...?? kita tidak tahu bila kita semua akan dicabut nyawa olehNya... oleh itu sebelum terlambat.. anda fikir2kanlah... seperti tajuk lagu aizat "Fikirlah"....

Newer Posts Older Posts Home